Penyertaan Ko-Nelayan di Mega Halal Bangkok, Thailand

Penyertaan Ko-Nelayan di Mega Halal Bangkok, Thailand

Penyertaan Ko-Nelayan di Mega Halal Bangkok, Thailand
15-17 Julai 2026
Ekspo
Queen Sirikit Convention Centre, Bangkok, Thailand

Penyertaan Ko-Nelayan di Mega Halal Bangkok, Thailand

KO-NELAYAN berpeluang menyertai 2nd. Mega Halal Bangkok 2026 di bawah Pavilion Negeri Sabah yang diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah.

Penyertaan ini memberi peluang kepada KO-NELAYAN untuk memperluas jaringan pasaran, meningkatkan pendedahan produk serta memperkukuh potensi eksport produk berasaskan perikanan dan halal. Ekspo tersebut telah diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2026 di Queen Sirikit Convention Centre, Bangkok, Thailand.

Mega Halal Bangkok 2026 mengetengahkan pelbagai rangkaian produk halal termasuk makanan dan minuman, produk kecantikan, kesihatan dan fesyen. Antara negara-negara yang menyertai ekspo tersebut selain dari Malaysia ialah Korea, Jepun, China, Taiwan, Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan pelbagai negara lagi.

Turut melawat ke Pavilion Sabah ialah Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Laksamana Selangor, TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Yusop, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Datuk Dr. Hjh. Rosmawati Hj. Lasuki, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Convention Centre (SICC).

#konelayansabah
#penerajutransformasinelayan
#SabahMajuJaya
#ukkkonelayan
#teammaffi
#kebundapur
#Onsoi
#megahalalbangkok

Kembali ke Aktiviti 2026